Politik

Bersama MN lebih mudah berbanding PN

TINDAKAN UMNO menarik diri daripada menjadi komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan fokus kepada Muafakat Nasional (MN) disifatkan tepat.

Keputusan yang dibuat melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 24 Julai lalu itu juga memperlihatkan perancangan lebih jauh parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya UMUM ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dinilai kepimpinan parti selepas melihat kedudukan PN yang belum sah di sisi undang-undang untuk terus mendukungi kerajaan.

“Sebenarnya begini, MN ada piagam dan banyak kerja yang dibuat di peringkat akar umbi.

“Jadi, jentera pun sudah kuat bersama Pas dan semua sudah kuat.”

BACA > Musa harap TYT Sabah ambil keputusan wajar — Suara Merdeka

Demikian penjelasan diberi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Petang tadi (30 Julai) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan partinya menarik diri daripada Perikatan Nasional.

Keputusan berkenaan dicapai selepas UMNO dan Pas sepakat mahu fokus kepada gabungan melalui MN.

Dalam pada itu, Mohd. Razlan menambah, penubuhan MN adalah lebih lama berbanding PN, justeru gabungan UMNO dan Pas itu mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi.

Malah katanya lagi, kekuatan gabungan itu di peringkat akar umbi itu juga disifatkan bersedia untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

“Jadi bila Bersatu masuk dalam MN untuk bekerjasama itu lebih mudah.

“Berbanding UMNO sertai PN yang tidak berdaftar dan berperlembagaan.

“PRU pula akan berlaku pada bila-bila masa.

“Kalau kita hendak fikir PRU, bermakna kita fikir bagaimana ketiga-tiga parti ini bekerjasama dengan cara yang mudah,” jelasnya.

BACA > Tolak Perikatan Nasional, UMNO perkasakan Muafakat Nasional — Suara Merdeka

Bagaimanapun, belum ada maklum balas daripada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh itu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak belum memberikan sebarang reaksi terhadap isu ini.

“Tiada apa-apa maklumbalas daripada beliau,” ringkasnya.

Dalam masa sama, Mohd. Razlan turut memaklumkan kepimpinan parti masih belum memutuskan berkenaan penggunaan bendera ketika PRU nanti.

Katanya, susulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketua Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhasrat menyertai MN, pemilihan bendera belum diputuskan.

Penggabungan Bersatu dalam MN untuk bersama UMNO dan Pas nanti belum menentukan sama ada akan menggunakan bendera Barisan Nasional (BN) atau bendera lain dalam PRU-15 nanti.

“Soal bendera, kepimpinan masih belum putuskan,” jawabnya.

Semalam, Muhyiddin yang juga Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen daripada BN di bangunan Parlimen.

BACA > Motif pertemuan Muhyiddin mahu masuk MN? — Suara Merdeka

Perjumpaan tertutup berlangsung kira-kira sejam itu yang diketuai Ahmad Zahid dikatakan berkaitan dengan hasrat Bersatu untuk menyertai MN. – SM

 

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button