fbpx
Uncategorized

PM usul pembentukan jawatankuasa teliti sistem penyampaian perkhidmatan awam

PERDANA MENTERI Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengusulkan pembentukan satu jawatankuasa atau pasukan petugas untuk meneliti dan mengubahsuai sistem penyampaian perkhidmatan awam sedia ada.

Menurut Muhyiddin, dengan menukarkan daripada cara lama atau biasa kepada cara baharu, beliau yakin ia dapat memulihkan ekonomi negara dengan kadar segera.

Bagaimanapun, katanya, pengubahsuaian itu akan dibuat tanpa menukar aturan utama dari segi kewangan dan sebagainya.

“Satu tindakan mesti dilakukan, lihat birokrasi yang masih ada dapat dianjak dalam situasi baharu dalam keadaan baharu.

“Saudara pegawai tertakluk kod peraturan pekeliling peraturan soal, arahan pentadbiran, pengurusan dan sebagainya yang bertimbun-timbun.


“Kalau hanya berpandukan itu dengan tiada anjakan baharu dibuat, saya takut untuk pulihkan stuktur semula ekonomi tidak akan berlaku.

“Saya hendak usulkan bentuk jawatankuasa petugas untuk teliti cara yang lama yang digunapakai selama ini dapat diubahsuai tanpa kompromi aturan utama dari segi kewangan dan sebagainya,” katanya dalam perjumpaan Sesi Town Hall bersama Penjawat Awam hari ini.

Tegas Muhyiddin lagi, negara memerlukan pelaburan yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

Justeru jika urusan pentadbiran masih kekal dengan cara lama tanpa perubahan, corak dan cara kerja dibimbangi akan memberi kesan kepada rakyat.

Sebaliknya, dokongan daripada penjawat awam amat diperlukan dengan cara luar biasa dalam merancakkan ekonomi, menarik usahawan, pelabur dan pelawat agar ekonomi dapat pulih dengan cepat seperti sedia kala. – BERNAMA -SM

Show More

Related Articles

Back to top button