NasionalUncategorized

Lima jari hancur angkara mercun buatan sendiri

LIMA jari kanan seorang lelaki hancur angkara mercun buatan sendiri yang dibuat menggunakan botol vape dalam kejadian di Kampung Batu Papan, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku pada pukul 11 pagi melibatkan mangsa yang berusia 23 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa menggunakan 50 mercun bola untuk membuat mercun sendiri.

“Lelaki itu mengeluarkan semua belerang di dalam mercun bola itu aebelum memasukkannya ke dalam botol vape kosong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Choon Foo, mangsa kemudian menggunakan pemetik untuk menyalakan sumbu yang diletakkan di mercun buatannya itu.

Bagaimanapun, mercun itu meletup sebelum sempat dia membalingnya sehingga menyebabkan seluruh tapak tangan kanan mangsa hancur.

“Selain kecederaan parah di jari, dia turut mengalami luka pada bahagian muka dan pecah gegendang telinga.

“Mangsa telah dibawa ke hospital dan pihak hospital memberitahu tangannya terpaksa dipotong,” katanya.

Tambahnya, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. -SM

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button