Nasional

PM Anwar, isteri iringi Agong dan Permaisuri di Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan

SAMBUTAN Hari Pahlawan Tahun 2023 di Dataran Pahlawan Negara disambut dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Istiadat Perbarisan dengan diiringi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

GAMBAR FACEBOOK

Perdana Menteri Anwar menerusi catatan dalam akuan Facebook berkata, kebhinekaan persembahan menggamit hadirin.

Yang menyentuh hati adalah persembahan pantomim mengenai pengorbanan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) tatkala insiden serangan hendap pengganas Royal Sulu Force (RSF) di Perkampungan Ai Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac 2013.

Kendatipun insiden itu telah berlalu 10 tahun lamanya, kata Anwar namun ia tetap memberi kesan kepada rakyat dan negara.

“Saya dan Azizah turut berkesempatan menyantuni isteri dan anak-anak anggota dan pegawai yang terkorban dalam insiden itu.

“Jasa dan pengorbanan pahlawan dan perwira kita, pastinya akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai momen penting dalam memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara terus kukuh serta dipertahankan, “ katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Anwar mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Salut saya buat mereka atas keringat yang dicurahkan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan pertiwi.

“Jasa dan pengorbanan para pejuang sama ada yang masih hidup atau telah pergi meninggalkan kita akan sentiasa dikenang buat selamanya.

“Terima kasih atas sumbangan kalian kepada negara tercinta ini!,” kata Perdana Menteri Anwar. – SM

BACA

 

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button