NasionalNegeri

40 warga Tionghua Perlis terima Bakul Makanan Tahun Baru Cina

PERAYAAN Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi. Kali ini ia jatuh bertindan dengan Hari Wilayah dan pasti ramai yang merancang awal mengambil kesempatan bercuti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Azihani Ali menyantuni penerima Bakul Makanan Tahun Baru Cina di Unit Pembangunan Komuniti MB Perlis di Kangar, Perlis .

Sehubungan itu, masyarakat Tionghua yang kurang bernasib baik dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena tidak dipinggirkan.

“Kita prihatin terhadap golongan tidak bernasib baik ini untuk diberikan “bakul makanan” bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina kali ini,” ujar Penyelaras Pejabat Menteri Besar (MB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena, Azihani Ali.

Beliau yang juga Setiausaha Sulit Khas MB berkata, sebanyak 40 Bakul Makanan diberikan kepada mereka yang layak diagihkan di Unit Pembangunan Komuniti MB Perlis di Kangar, petang semalam.

Beliau berkata, dengan sumbangan ini diharap dapat meringankan beban penerima dalam menyediakan barang keperluan untuk meraikan Tahun Harimau.

CHEA BEE SENG

Katanya lagi apa yang penting perayaan Tahun Baru Cina tetap dapat disambut dengan meriah oleh golongan yang tidak bernasib baik ini.

Salah seorang penerima Orang Kurang Upaya (OKU), Chea Bee Seng, 63, gembira terpilih sebagai penerima Bakul Makanan sempena Tahun Baru Cina.

“Sebagai orang yang tidak ada kerja tetap, memang rasa tertekan apabila menjelangnya perayaan kerana perlu menyediakan pelbagai barang keperluan,” katanya yang datang dengan motosikal roda tiga.

Bee Seng berkata, bantuan ini sebenarnya telah membolehkan beliau menarik nafas lega.

Tambahnya, sekaligus ini membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan tidak bernasib baik sepertinya.

Seorang warga emas, Khor Ah Chong, 83 dari Taman Gasing menyifatkan Tahun Harimau kali ini membawa tuah apabila beliau dipilih untuk menerima Bakul Makanan.

Ah Chong berharap, bantuan ini akan lebih menceriakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. – SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button