Nasional

Isu logo kasut: Polis rampas 1,145 pasang kasut dengan kerjasama Jakim

Sebanyak  1,145 kasut jenama Vern’s telah dirampas, susulan dakwaan logo mirip kalimah Allah yang terletak di tapaknya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rampasan dibuat di empat negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam siasatan, terutama bagi menentukan sama ada logo tersebut adalah khat atau hanya rekaan grafik kasut tumit tinggi.

“Pihak polis telah merampas 1,145 pasang kasut namun tiada tangkapan dibuat. Kita hendak pastikan apa kesalahan pada logo itu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan dakwaan logo pada tapak kasut keluaran Vern’s Holdings Sdn. Bhd. menyerupai kalimah Allah.

Pada mulanya ia dibangkitkan di media sosial pada 23 Mac lalu.

Namun ia menjadi tular selepas satu lagi video membuat dakwaan serupa, semalam.

Syarikat itu bagaimanapun menjelaskan imej pada tapak kasut keluarannya telah disalah tafsir sehingga mencetuskan kontroversi.  – SM

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button