Nasional

PKPB di KL, Selangor dan Sabah dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah akan dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusn itu dibuat selepas peningkatan ketara kes Covid-19 di tiga kawasan tersebut.

“Sebanyak 22,931 kes positif COVID-19 direkodkan di Selangor, manakala 9,426 kes bagi Kuala Lumpur sehingga semalam.

“Oleh itu, atas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di kedua-dua negeri berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, hanya daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor sahaja yang dikecualikan lanjutan PKPB.

Jelasnya, jumlah kes harian COVID-19 di Sabah masih meningkat dengan kebanyakannya daripada kluster kediaman.

“Sehingga 17 Disember 2020, sebanyak 33,823 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh Sabah dalam tempoh 14 hari.

“Ia turut membabitkan rakyat Sabah dan Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes positif akan terus meningkat berikutan saringan pekerja asing yang bermula pada 16 Disember,” katanya. -SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button