NasionalpilihanPolitik

Tak perlu tumpu isu pemilihan parti kerana semua sedang fokus PRU15 – KJ

Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin bersetuju dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar tidak menumpukan isu pemilihan parti dalam keadaan seluruh negara tertumpu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Khairy, perkara itu hanya disentuh beliau ketika diwawancara oleh sebuah stesen radio pada Selasa.

Dalam masa sama, Khairy menyedari, ketika ini rakyat mahu melihat calon muka baharu yang ditampilkan BN pada PRU15 yang akan berlangsung Sabtu ini (19 November).

“Memang kita fokus pada pilihan raya. Saya rasa itu satu sahaja daripada pelbagai soalan yang ditanya dalam temu bual (bersama stesen radio BFM) semalam. Jadi, saya jawablah. Tetapi saya tidak terlalu tumpu kepada isu itu.

“Memang Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) betul. Kita tumpu kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekarang ini.

“Orang nak melihat juga bahawa muka-muka baharu dalam BN menandakan satu ‘rejuvenation’ dalam PRU-15. Itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Selangkah Ke Menara Gading bersama Ikon Malaysia dan Townhall Ikon Malaysia di Dewan 500, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, di sini, pada Rabu.

Media hari ini melaporkan, Ismail Sabri memaklumkan UMNO mempunyai tempoh enam bulan selepas PRU15 untuk mengadakan pemilihan parti seperti diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Baki dua hari untuk berkempen akan digunakan sepenuhnya oleh Khairy untuk melawat ke kawasan yang belum sempat dilawatinya.

Seteleh berkempen, Khairy menjelaskan, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pengundi Sungai Buloh untuk membuat keputusan yang terbaik.

“Alhamdulillah semakin positif dan saya akan terus berkempen untuk esok dan lusa untuk melawat kawasan yang belum saya lawati dan saya serah kepada pengundi sungai buloh untuk membuat keputusan yang terbaik,” katanya lagi.

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button