Nasional

PKPB bersambung, mainkan lagu Dendang Perantau di Hari Raya

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan bersambung selama empat minggu lagi.

Beliau berkata, atas nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara PKPB yang tamat pada 12 Mei depan, akan bersambung sehinggga 9 Jun 2020 dan PKPB kekal berkuat kuasa.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut terdapat beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Justeru beliau mengingatkan rakyat bahawa larangan pergerakan antara negeri masih berkuatkuasa
dalam tempoh ini.

“Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan.

“Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga. Bersabarlah. Bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu
bapa dan sanak saudara,” kata Muhyiddin.

Katanya, ini tak bermakna kita tak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan atau Hari Gawai.

“Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang
sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

“Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka.

“Setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan
ini.

“Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir,” katanya.

Kementerian Kesihatan juga katanya, menyarankan agar elakkan daripada berada di tempat yang sesak atau tempat yang tertutup.

“Kalau nak bersembang dengan tetamu pun, jarak-jarakkan sedikit. Tidak perlulah duduk terlalu rapat,” katanya.

Bagi menghiburkan hati, stesen-stesen tv dan radio boleh memainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala

Kalau dimainkan selalu saya pun berasa sayu juga. Mainkanlah lagu-lagu Hari Raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok dalam YouTube ada lagu “Jange Kelik La Weii”. Lagu ni pun OK lah,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas hari ini. – SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button