Nasional

Suspek Macau Scam diugut, SPRM serah siasatan pada polis

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dengan tohmahan yang dibuat oleh seorang individu terhadap pegawainya yang didakwa telah menerima ugutan dalam siasatan kes berhubung Macau Scam baru-baru ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, individu berkenaan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas dua bulan dia dilepaskan daripada tahanan reman SPRM.

“Salinan laporan tersebut pula telah ditularkan oleh pihak tertentu sekali gus mencemarkan nama baik SPRM.

“Sehubungan itu, seorang pegawai SPRM telah membuat aduan rasmi kepada polis hari ini bagi menafikan tohmahan individu tersebut dan menggesa polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan palsu itu,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM juga berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya dakwaan tersebut benar dilakukan oleh pegawai SPRM.


Namun jika laporan tersebut palsu maka individu tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan. -SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button