Politik
Trending

Pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat terus disindir

PELANTIKAN Yang Dipertua Dewan Rakyat terus disindir walaupun pemilihan itu dibuat menerusi undian oleh Ahli Parlimen kelmarin.

Bagaimanapun, rasa tidak puas hati terhadap kerajaan ekoran pertukaran Yang Dipertua itu terus dizahirkan.

Malah, pertukaran tersebut juga disifatkan sebagai tindakan tidak demokratik kerana penerimaan usul dikatakan satu kemestian.

“Ahli Dewan Rakyat tidak diberi hak memilih. Tidak pun beri hak bersuara.

“Dalam Dewan Rakyat kehendak kerajaan mesti diterima oleh seluruh ahli.

BACA > Halau pelarian, MP PH zahir kerisauan — Suara Merdeka

“Speaker pun mengurus. Speaker hentikan suara ahli dewan, jemput setiausaha menyatakan tajuk dan usul pun diterima. Pandangan ahli tidak dipedulikan.

“Jika inilah caranya dewan bersidang, pembangkang tidak diperlukan. Apa sahaja usul kerajaan tetap diterima.

“Apa perlunya parlimen. Memadailah sudah dengan adanya kerajaan, walaupun Kerajaan Pintu Belakang.”

Demikian kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Facebooknya hari ini yang turut mengkritik cara Dewan Rakyat dijalankan.

Tambahnya, cara yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertentangan dengan amalan demokrasi negara.

BACA > Azalina wanita pertama pegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat — Suara Merdeka

Beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak mengikuti peraturan Dewan Rakyat apabila menyingkirkan Tan Sri Muhammad Ariff Md. Yusof tanpa sebab kukuh.

“Kerajaan Malaysia harus dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas membelakangkan sistem pemilihan kerajaan Malaysia.

“Sekarang dilihat kerajaan Muhyiddin ini tidak juga hormati aturan peraturan Dewan Rakyat.

“Buat kali pertama Speaker (Yang diPertua) Dewan Rakyat disingkir atas sebab ada calon lain. Itu sahaja. Tidak ada apa pun kesalahan. Hanya kerana ada calon lain.

“Mengundi menunjuk hanya dua orang kelebihan untuk singkir speaker. Dua orang sahaja. Jikalau ramai boleh kita katakan ramai yang tolak speaker ini.

“Kemudian datang pengganti, tidak ada pemilihan. Pakai jubah dan berlagak sebagai speaker.

Terdahulu, hari pertama sidang Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 itu menyaksikan pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

BACA > Siapa undi setuju, bantah lantik Yang Dipertua baharu? — Suara Merdeka

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu dilantik selepas usul penyingkiran Muhammad Ariff menerima 111 undian setuju dan 109 bantah daripada Ahli Parlimen. – SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button