KemalanganNasionalNegeri

Peronda IPD Padang Besar bantu sekeluarga tersadai tepi jalan

MALANG tidak berbau.

Ini yang dialami sebuah keluarga yang tidak menjangka perjalanan pulang ke kampung halaman “tergendala” apabila salah satu dari tayar Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) yang dinaiki pecah.

Unit peronda IPD Padang Besar membantu sebuah MPV yang tersadai di Jalan Ulu Pauh – Padang Besar. – Gambar Ihsan IPD Padang Besar

Kejadian pula berlaku satu lokasi jalan yang agak sunyi iaitu di Jalan Ulu Pauh – Padang Besar.

Sesuatu yang tidak disangka sama sekali tiba-tiba muncul tiga anggota dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar yang sedang membuat rondaan pemantauan Ops Selamat/22 Cegah Kemalangan.

Pasukan ini yang terdiri dari Sjn 199959, l/kpl 199734 dan Konst/s 26415 tiba di lokasi kejadian pada kira-kira pukul 7.10 petang semalam (8 April).

Bantuan segera dihulurkan oleh anggota ini atas sifat kemanusiaan.

Ketiga mereka telah bertungkus lumus untuk menukarkan tayar MPV yang pecah itu.

Sebuah keluarga bernasib baik apabila dibantu oleh anggota peronda IPD Padang Besar. – Gambar Ihsan IPD Padang Besar

Atas bantuan anggota yang penuh dengan sifat empati ini akhirnya berjaya membuat sekeluarga ini kembali ceria apabila perjalanan pulang untuk berhari raya dapat diteruskan.

Manakala anggota pula kembali melaksanakan tugas hakiki bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.- SM

BACA “Wanted Person” ditahan Operasi Motosikal Bersepadu IPD Padang Besar

BACA IPD Padang Besar berkas dua lelaki cuba seludup petrol subsidi

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button