fbpx
EkonomiLuar Negara

Permintaan Pembantu Rumah Terus Mencanak Naik di Singapura dengan Kos Berlipat Kali Ganda

Covid-19 memberi impak yang besar buat setiap individu terutama dari segi kewangan dan kesihatan mental.

Namun begitu, masih ramai lagi individu yang bernasib baik dari segi kewangan tetapi kekurangan masa untuk menjaga anak-anak serta mengemas rumah berikutan desakan kerja yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Kesan daripada perkara itu, permintaan pembantu rumah di Singapura masih berada di paras yang tinggi walaupun kos tambahan tinggi.

Kos tambahan tersebut adalah disebabkan tetapan sekatan Covid-19 bagi mengelakkan kes import semakin meningkat.

Majikan perlu menyediakan wang tambahan bagi membiayai ‘swab test’ serta notis duduk di rumah (SHN) pembantu rumah yang akan diambil bekerja.


Majikan juga mesti mendapatkan insurans perubatan sebelum mereka tiba di Singapura dengan perlindungan sekurang-kurangnya S$10,000 bagi tujuan perbelanjaan perubatan pekerja mulai 1 Januari yang lalu.

Sekiranya mereka mengalami simptom COVID-19 atau positif dalam 14 hari setelah tiba di Singapura, insurans perubatan tersebut akan menampung kos perubatan mereka.

Kos perkhidmatan yang dikenakan oleh agensi juga meningkat kerana pelbagai urusan pentadbiran yang diperlukan akibat wabak yang sedang merebak ketika ini.

(Visited 17 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button