Nasional

Pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran polis dibenarkan dengan syarat

DEMI merancakkan semula aktiviti di bawah sektor pelancongan domestik, kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah secara bersyarat.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada beberapa kategori sahaja yang dibenarkan untuk merentas daerah tanpa perlu mendapat kebenaran polis.

“Mereka yang ingin merentas daerah di dalam negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah dibenarkan tanpa perlu memohon kebenaran polis.

“Pergerakan rentas negeri antara negeri PKPP juga dibenarkan tanpa perlu memohon kebenaran,” katanya dalam sidang akhbar harian.

Menurut Ismail Sabri, mereka yang ingin bergerak daripada negeri PKPP tetapi merlu melalui negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu mendapat kebenaran polis.

Jelasnya, pergerakan rentas negeri dari negeri PKPP ke daerah hijau di negeri PKPB juga dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran polis.

Ujarnya, kelonggaran Gelembung Perjalanan Domestik ini akan berkuatkuasa pada lusa dengan  menggunakan aplikasi My Sejahtera bagi menentukan seseorang itu datang dari zon hijau.

Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) terperinci akan diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam masa terdekat.

(Visited 1,116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button