Nasional

Covid-19: Kematian bertambah menjadi 8 orang

KES kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini meningkat menjadi lapan orang. Kes ketujuh dan kelapan melibatkan kontak kluster tabligh.

Kes ketujuh merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor HIsham Abdullah, mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh.

Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.

Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.

[BACA ARTIKEL] Kematian ke-5, ke-6 Covid-19 libatkan ibu, anak di Sarawak

Kes kelapan pula melibatkan melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020.

Mangsa telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac2020 pada jam 4.00 petang.-SM

 

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button