Jenayah

Penolong pengurus terima suapan RM18,000 direman empat hari

Seorang penolong pengurus di sebuah syarikat berkaitan agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) direman empat hari berhubung kes menerima suapan berjumlah RM18,000 bagi penganjuran konsert Double Trouble 2 Search x Barbarik, tahun lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hasni selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Suspek yang mengandung dua bulan direman bermula hari ini hingga 12 Januari ini.

Terdahulu suspek ditahan SPRM kerana disyaki telah menerima suapan berjumlah RM18,000 daripada seorang pengurus syarikat.

Dia ditahan di ibu pejabat SPRM Melaka di sini pada pukul 4.00 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Hasil siasatan awal mendapati suspek yang merupakan urusetia bagi geran tersebut telah membantu pengarah syarikat terbabit mendapatkan kelulusan bagi geran di bawah agensi dari KKD berjumlah RM300,000.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. – SM

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button