JenayahNasional

Bunuh suami, suri rumah direman tujuh hari

SEORANG suri rumah yang ditahan semalam selepas didakwa memukul suaminya hingga mati direman tujuh hari sehingga 22 Julai ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Baru, Melody Woon Sze Mun, di sini hari ini.

Wanita berusia 36 tahun itu, memakai kemeja-t putih dan seluar lokap tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi.

Dalam kejadian 7.50 pagi Jumaat, mangsa Lee Ming How, 44, ditemui dalam keadaan tertiarap di rumahnya.

Anak mangsa turut menginap di unit kediaman di Tingkat 3, Blok 14, Flat Nipah di Taman Daya di sini.

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dipukul isterinya hingga mati.

Anak mangsa yang berada di dalam rumah ketika kejadian merupakan saksi utama.

Mangsa cedera di muka dan kepala selepas dipukul dengan senjata tumpul.

Suspek yang ditahan bagi membantu siasatan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Suspek mempunyai tiga rekod lampau, termasuk dua kes berkaitan dadah dan satu kes jenayah mendatangkan kecederaan.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Polis turut mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, pasangan itu mempunyai dua anak berusia dua dan 11 tahun dan kini berada di bawah jagaan keluarga mangsa. -SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button