NasionalParlimen

Pendirian tegas sokong Palestin tak jejas ekonomi, pelaburan-Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendirian tegas Malaysia mengutuk serangan tentera rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza sejak lebih sebulan lalu tidak menjejaskan ekonomi negara dan pelaburan syarikat asing khususnya dari Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Anwar berkata, pelabur utama Amerika Syarikat termasuk Google Inc dan Microsoft Inc masih memberi keutamaan kepada kestabilan politik dan dasar ekonomi kerajaan yang jelas di sebalik tekanan berterusan Malaysia dan negara Islam lain terhadap Israel.

“Ada yang melahirkan kebimbangan bahawa sikap tegas kita berdepan dengan AS dan negara Eropah itu akan menjejaskan kedudukan ekonomi kita.

“Soal hubungan perdagangan setakat ini tak menjejaskan sama sekali. Mereka tahu pendirian kita dan mereka ikuti kenyataan kita,” kata Perdana Menteri Anwar di Dewan Rakyat, hari ini. – SM

BACA Malaysia tidak iktiraf keputusan Amerika kenakan sekatan unilateral

(Visited 33 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button