Nasional

Penjana: RM300 untuk 300,000 ibu tunggal, OKU

KERAJAAN akan memberian RM300 secara one-off kepada Orang Kelainan Upaya dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pemberian itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin s dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana sebentar tadi.

“Kerajaan juga sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar seperti OKU dan ibu tunggal.

“Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka,” kata Muhyiddin.

Menurutnya bayaran bantuan tersebut akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha.

Beliau turut mengumumkan kemudahan skim PEKA B40 yang akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan.-SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button