Ekonomipilihan

KPDNHEP galakkan perniagaan Francais Mampu Milik dan Francais Mikro

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggalakkan pengembangan perniagaan Francais Mampu Milik dan Francais Mikro di negara ini.

Timbalan Menteri KPDHNEP, Datuk Rosol Wahid berkata, sehubungan itu Kementerian menawarkan Program Francais Mikro dan Mampu Milik yang membuka peluang lebih luas untuk bakal usahawan menceburi sektor francais dengan modal bawah RM100,000.

“Ini adalah satu inisiatif Kementerian untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan francais terutama dari kalangan B40 dan M40 meningkatkan taraf hidup serta mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

“Antara jenama-jenama bersama kita pada hari ini yang menawarkan pakej Francais Mikro dan Mampu milik adalah Procleaners, HOME Maths Therapy dan Ani Sup Utara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Jelajah Francais Bay Peringkat Negeri Selangor 2022, hari ini.

Beliau amat berharap graduan institusi pengajian tinggi, belia dan golongan yang sedang mencari peluang pekerjaan dan berminat menceburi bidang perniagaan terutama dari kalangan B40 dan M40 untuk merebut pilihan yang tersedia ini.

“Menjadi harapan dan matlamat kementerian untuk melahirkan lebih ramai usahawan francais yang mampu berdaya saing dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Katanya lagi, sebanyak 33 permohonan Geran Padanan (Matching Grant) berjumlah RM2.4 juta telah diluluskan oleh Kementerian di bawah Program Francais Mikro dan Mampu Milik.

“Manakala bagi permohonan Geran Penuh (Full Grant), sebanyak 14 permohonan telah diluluskan berjumlah RM1.4 juta.

“Apa yang amat membanggakan 33 Geran Padanan dan 14 Gerah Penuh itu berjaya memanfaatkan sepenuhnya golongan B40 dan M40 yang juga kelompok yang disasarkan Kementerian untuk meneroka perniagaan francais.

“Peluang ini telah membolehkan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan berjaya meningkatkan taraf hidup ke tahap lebih baik,” katanya. – SM

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button