NegeriRencah Hidup

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis lawat Hari Kraf Kebangsaan 2024

Tuanku Syed Faizuddin Putra diberi sembah maklum mengenai Demonstrasi Kraf Antarabangsa oleh Ainu Sham Ramli semasa berkenan berangkat ke Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

HKK ini diadakan dari 21 Februari hingga 4 Mac depan mulai pukul 8 pagi hingga 10 malam.

Keberangkatan tiba Baginda berdua diiringi sama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya( MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk ‘Ainu Sham Ramli.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menandatangani buku pelawat sambil diperhati Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen, Roslan Abdul Rahman dan ‘Ainu Sham Ramli semasa berkenan berangkat ke Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

HKK 2024 merupakan penganjuran kali ke-21 oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).

Hari Kraf Kebangsaan pada tahun ini diadakan bertujuan bagi memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan para usahawan serta penggiat kraf kepada pembangunan industri kraf negara.

Ia melibatkan penyertaan 640 usahawan kraf daripada bidang kraf tekstil, hasil logam, hasil rimba, hasil tanah dan aneka kraf.

Berkonsepkan ‘Kraf Identiti Malaysia’, memaparkan elemen keunikan dan keaslian produk kraf Malaysia yang baharu menerusi reka bentuk produk daripada elemen kebudayaan masyarakat tempatan.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen diberi sembah maklum oleh ‘Ainu Sham Ramli mengenai demonstrasi kraf semasa berkenan berangkat ke Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Kelainan penganjuran pada kali ini ia turut menampilkan Demonstrasi Kraf Antarabangsa dengan mengadakan aktiviti bersama juru demo antarabangsa dari empat negara iaitu Republik Rakyat China ‘Anyaman Buluh, Seramik dan Jewellery’, Uzbekistan ‘Copper Tooling’ dan Seni Hiasan Seramik’, India dengan ‘Sulaman Zari/ Zardosi’ serta ‘Thai Silk’ dari Thailand. – SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button