Politik

Ada maklumat, bukti berlaku sogokan ketika proses undi pos, lapor pada SPRM

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menegaskan sekiranya terdapat perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses pengundian pos Parlimen P.090 Bera, pengadu yang mempunyai maklumat atau bukti disarankan melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Unit Komunikasi SPR berhugung dakwaan berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses ketika pengundian pos di Parlimen tersebut.

Terdahulu, calon Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya tentang perkara tersebut menafikan dan pihak yang mendakwa perlu memohon maaf kepada anggota Tentera dan Polis (PDRM) yang merupakan pengundi pos.

“Bukan minta maaf pada saya atau Barisan Nasional tetapi minta maaf kepada pengundi pos iaitu kalangan anggota Tentera dan Polis yang dituduh begitu,” katanya pada sidang media usai Program Moh Ngeteh Santai Orang Kita di Kampung Orang Asli Bongkok, Bera, Pahang, hari ini.

Ismail Sabri juga berkata, undi pos bukan sahaja melihatkan Tentera dan Polis tetapi media juga boleh menjadi pengundi pos.


Terdahulu, calon kerusi Parlimen Tambun, Perak, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR/Pakatan Harapan atau PH) mendakwa, undi pos hari ini yang melibatkan Tentera dan Polis diberi bayaran.  – SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button