Nasional

Pendedahan penting penggunaan tali keselamatan kepada masyarakat – MRAA

Dalam usaha memberi pendedahan kepada masyarakat di Malaysia tentang kepentingan membina penggamal yang profesional dalam industri akses tali (Rope Access) yang menitik beratkan faktor keselamatan, Persatuan Akses Tali Malaysia (MRAA) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Simposium Kesedaran Akses Tali (peringkat zon selatan ) bertempat di Amansari Residence Resort, Kota Puteri, Masai, Johor pada 16 Julai 2023 ( Ahad ) yang lalu. 

Presiden MRAA, Syed Mohsin Syed Yusoff Balkhi berkata, penganjuran simposium akses tali merupakan langkah pertama dalam usaha persatuan merealisasikan misi dan visi persatuan dalam usaha untuk menjadikan industri tersebut lebih relevan di negara ini.

“Penganjuran program yang julung kali diadakan ini diharap dapat memberikan pendedahan yang diperlukan terhadap industri akses tali di Malaysia,” katanya ketika berucap.

Objektif penganjuran simposium adalah untuk memperkenalkan kewujudan MRAA kepada masyarakat di negara ini, selain berkongsi maklumat laporan analisis bagi pekerjaan dan bidang keselamatan dalam industri. Di samping itu persatuan mengharapkan lebih ramai penggamal industri akan menyertai persatuan dalam usaha mengukuhkan kedudukan persatuan di mata dunia.

Persatuan juga akan berusaha memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan industri akses tali melalui pelbagai aktiviti yang dirancang dalam usaha membina sebuah masyarakat dalam bidang ini  secara bersepadu.

“Simposium juga akan membantu meningkatkan taraf profesionalisme di kalangan pengamal akses tali di Malaysia dan bertindak sebagai pusat penyampaian informasi berkaitan aktiviti akses tali di negara ini .

Syed Mohsin berkata, MRAA berusaha untuk menjadi platform yang memberi peluang kepada ahli-ahli untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan meningkatkan standard keselamatan dan profesionalisme dalam amalan akses tali.

“Dalam persekitaran yang semakin mencabar ini, kehadiran dan komitmen anda semua memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kecekapan masa hadapan  industri akses tali,” katanya..

Beliau berkata, melalui perkongsian dan kerjasama dalam MRAA, pengamal industri akses tali dan persatuan dapat memperkukuhkan lagi rangkaian profesional, meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja, serta membina reputasi yang cemerlang dalam industri ini.

“Saya berharap anda semua dapat memanfaatkan kesempatan ini untuk menjalin hubungan profesional yang kukuh, mendapatkan pengetahuan dan informasi terkini dan memberi sumbangan yang berharga kepada perkembangan industri akses tali di Malaysia,” katanya.

MRAA yang ditubuhkan pada 31 Julai 2017 merupakan sebuah organisasi yang digerakkan oleh ahli-ahli yang kompeten bagi memajukan penggunaan akses tali dengan selamat dan secara profesional.

Ia ditubuhkan atas dasar perkembangan teknik akses tali agar seiring dengan kemajuan negara, dan peningkatan syarikat-syarikat baru yang mengendali kerja-kerja mengunakan teknik ini di Malaysia serta untuk menjadi hub atau pusat rujukan utama serta badan penasihat Industri Akses Tali di Malaysia.

Selain itu, persatuan juga akan berusaha untuk menalinan kerjasama dengan badan-badan kerajaan dan agensinya bagi melaksanakan dasar-dasar juga akta berkaitan akses tali di dalam negara agar penggamal industry akan lebih terbela.

Sehubungan itu, ia dapat membantu kerajaan dan agensi yang berkaitan dalam melaksanakan dasar-dasar perundangan keselamatan berkaitan industri akses tali dan seterusnya melahirkan lebih ramai lagi pengamal akses tali yang lebih professional.

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button