fbpx
Politik

Pendaftaran PN: Ada pihak cuba keruhkan hubungan Pas, UMNO

ADA pihak yang cuba untuk mengeruhkan hubungan antara UMNO dan PAS dengan menyebarkan surat palsu kononnya Pas menyokong pendaftaran Perikatan Nasional (PN) secara sah.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkaya, UMNO dan Pas telah membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional sebagai parti komponen jika ia didaftar secara sah.

“Yang pasti ada pihak yang cuba sedaya upaya untuk mengeruhkan hubungan antara UMNO dan Pas dengan sengaja mengeluarkan dan menyebarkan surat palsu tersebut.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional Khamis lalu, kepimpinan kedua-dua parti UMNO dan Pas sepakat untuk tidak menyertai sebagai komponen kepada Perikatan Nasional, sekiranya PPBM mahu mendaftarkannya secara rasmi sebagai sebuah parti politik,” kata Asyraf Wajdi.

MEWA
TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini turut menafikan parti itu mengeluarkan surat menyatakan sokongan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional secara sah mengikut undang-undang, seperti yang diviralkan pihak tertentu di media sosial.


Kata Tuan Ibrahim, Pas sedang menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan surat palsu tersebut.

Dalam surat palsu yang kononnya ditandatangani oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Abdul Awang itu menyatakan Pas telah bersetuju untuk menjadi parti penaja penubuhan Perikatan Nasional untuk didaftarkan mengikut undang-undang.

“Ada juga video tular ucapan calon Ketua Pemuda Armada PPBM (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal) yang mendakwa Pas juga sudah bersetuju untuk bertanding atas logo PN yang kononnya bewarna biru gelap, sedangkan PN sehingga sekarangpun belum berdaftar.

“Apa-apapun pendirian UMNO jelas tidak akan menyertai Perikatan Nasional sebagai komponen parti sekiranya mahu didaftarkan,” tegas Asyraf Wajdi.

SABAH
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dilaporkan berkata, bendera Perikatan Nasional (PN) akan digunakan bagi Pilihan Raya Negeri (Sabah) akan berlangsung tidak lama lagi.

Katanya, bendera tersebut akan berwarna biru gelap dengan tulisan “Perikatan Nasional”.

“Kita akan bertembung pertama kali dalam PRN Sabah sebagai PN, saya dah bawa Armada Sabah untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin dan kita akan gunakan bendera kita.

“Bendera PN biru gelap dan juga ada tulisan Perikatan Nasional di PRN Sabah,” katanya dalam sebuah klip video yang tersebar di media sosial.

Wan Ahmad Fayhsal turut mendakwa bahawa PAS akan bersama-sama dengan blok PN meskipun Umno menolak untuk menyertai gabungan itu secara rasmi.

“Tidak mengapa lah Umno tidak mahu bersama kita tetapi PAS bersama kita,” katanya.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button