Rencah Hidup

Bapa sporting antar anak lelaki jumpa awek

CINTA monyet pun boleh dapat restu ibu bapa zaman sekarang. Kalau dulu-dulu, jangan haraplah cinta monyet direstui oleh mak bapa. Silap haribulan, kalau mak bapa tahu, kena pelangkung.

Semalam, tular di media sosial tindakan seorang bapa sanggup  memandu untuk menghantar anak lelakinya ke Taiping, Perak hanya semata-mata anak lelakinya itu mahu berjumpa dengan kekasih hati. Dalam erti kata lain, dating.

Berdasarkan video yang tular itu, ini adalah kali pertama anak lelakinya membuat temujanji dengan aweknya  yang tinggal di Taiping.

Video tersebut dikongsi menerusi platform TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @remydamak yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping kerana menghantar anak lelakinya ke situ.

“Anak nak jumpa buah hati pun kita hantar. First date katanya. KL to Taiping on. Apa ada hal.


“Perkenalan melalui media sosial masa PKP. Asal la dekat sangat kau cari kawan nak oii,” naratifnya dalam video tersebut.

Menerusi video tersebut, turut dipaparkan si ayah membawa anaknya yang lain ke pusat membeli belah Aeon, Taiping.

Sementara itu, melihat di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut yang sporting membawa anaknya dan sanggup memandu dari Kuala Lumpur menuju ke Taiping untuk berjumpa dengan awek.

Tindakan bapa ini tidak melepaskan anak lelakinya, naik bas pergi ke Taiping dalam keadaan pandemik Covid-19, mungkin betul demi menjaga keselamatan kesihatan. – SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button