HaiwanLuar Negara

Penampilan istimewa kambing ternakan dalam ‘meeting online’ mendapat perhatian ramai.

Berikutan situasi pandemik, kebanyakan persidangan dan perjumpaan diadakan atas talian menggunakan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun.

Seorang penternak melihat satu peluang bagi menceriakan peserta dan ahli persidangan atau perjumpaan atas talian dengan menyediakan perkhidmatan kemunculan mengejut kambing ternakannya.

Pada awalnya, hasratnya dikeluarkan hanya sebagai gurauan dengan mencadangkan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut bagi perjumpaan Zoom ketika perintah berkurung.

Dia kemudiannya berjaya mendapatkan hasil sebanyak £ 50,000, menunjukkan perkara tersebut bukanlah lagi dianggap sebagai gurauan.

Dot McCarthy yang berasal dari Rossendale, Lancashire, mengatakan jumlah orang yang membayar untuk pertunjukan kambing Lola dan yang lain untuk muncul dalam perjumpaan atas talian mereka amatlah tidak disangka-sangka.

Dia mengatakan bahawa ia telah berjaya mengekalkan Cronkshaw Fold Farm dapat bertahan dan kakitangannya bekerja serta juga menampung kos baikpulih ladang ternakan tersebut.

Dia menambah bahawa perkara yang dilakukannya sekarang adalah lebih mudah berbanding menjual baja untuk memenuhi keperluan.

Perkhidmatan ini bermula dengan dia hanya meletakkannya di laman web untuk membuat orang ketawa pada bulan April 2020, dan kemudian dikejutkan dengan 200 e-mel meminta kemunculan mereka dalam perjumpaan atas talian.

Kambing-kambingnyanya kini muncul dalam perjumpaan maya di seluruh dunia, termasuk di AS, Rusia, China dan Australia, dengan beberapa orang menyumbang lebih daripada caj £ 5 untuk penampilan mereka.

Ladang itu yang pernah dipaparkan di BBC One’s The Great Staycation kebiasaannya perlu menambah pendapatan mereka dengan menyediakan perkhidmatan untuk majlis perkahwinan serta lawatan Pendidikan

Namun begitu, sekatan akibat koronavirus telah menutup sebahagian perniagaan ini.

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button