NasionalNegeriPolitik

BN-PH bentuk Kerajaan Negeri Pahang bawah Wan Rosdy

BARISAN Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan membentuk Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar yang akan mengangkat sumpah esok di Istana Abu Bakar, Pekan.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah diperkenan oleh Pemangku Raja Pahang di atas pelantikan tersebut menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Pengelola Bijaya DiRaja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman memaklumkan, majlis pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar akan diadakan pada pukul 11 pagi esok.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima menghadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pemimpin parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan Piihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Negeri Pahang.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selanjutnya telah memperkenankan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang daripada parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,” katanya.

Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang. – SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button