fbpx
Luar Negara

COVID: Indonesia catat 2,081 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam

KES positif COVID-19 di Indonesia terus bertambah dengan 2,081 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terkumpul 139,549 kes.

Menurut data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 77,090 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.

Bagi tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 79 kematian dilaporkan, menjadikan kematian keseluruhan akibat COVID-19 di republik itu 6,150 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 29,400 kes, diikuti Jawa Timur (27,903) dan selebihnya di 32 provinsi  lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,023 orang, diikuti Jakarta (981), Jawa Tengah (786), Sulawesi Selatan (343) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – BERNAMA


(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button