Belang BertempatPolitik

Pemimpin UMNO Kluster Kuasa: fikir akar umbi, parti bukan tembolok sendiri!

“Kalau aku letak jawatan, terlepas pencen aku nie…"

CIAPAN media arus perdana mengatakan UMNO telah berpecah dinafikan oleh Tun Sri Lanang, seorang penganalisis politik tempatan.

Katanya, sesungguhnya UMNO itu tidak berpecah, yang bercelaru adalah pemimpin dalam parti itu yang menjadi kluster Gila Kuasa!

Beliau terpanggil untuk berkongsi satu kisah yang dikaitkan dengan bekas setiausaha politik atau setpol kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut cerita Tun Sri Lanang, setpol itu tidak sampai di penghujung perjawatannya dan Zahid telah memecatnya di hadapan pegawai-pegawainya tanpa alasan dan sebab yang munasabah.

Setpol itu, menurut Tun Sri Lanang, ditinggalkan begitu sahaja tanpa apa-apa ganti rugi. Tiada penghargaan langsung yang diberikan kepada dirinya dan paling malang sekali, setpol itu dipecat ketika anak dia baharu sahaja dilahirkan.

Bayangkan bagaimana remuknya hati setpol itu. Begitu kejam dia diperlakukan sedemikian.

Tetapi, setpol ini, ujar Tun Sri Lanang lagi, adalah seorang insan yang beristiqomah. Dia bersabar dengan ujian yang dilaluinya.

Lebih setahun setpol ini tidak bekerja. Tiada kerja yang diberikan oleh Zahid atau dibantu untuk mendapatkan pekerjaan  yang baru. Dalam erti kata lain, setpol ini disepak begitu sahaja (seperti lebih 800 pekerja / kakitangan Kumpulan Utusan Melayu yang disepak begitu sahaja pada 9 Oktober 2019).

Persoalannya, kenapa dia tidak masuk aje PKR pada ketika itu atau masuk PAS atau keluar dari menjadi ahli UMNO? Jawapannya adalah kesetiaan kepada perjuangan parti sebagai asas keberadaan dia di dalam UMNO walaupun diperlakukan sebegitu oleh Zahid.

Setidak-tidaknya, setpol ini sebagai manusia biasa, dia benci Zahid yang tidak berperikemanusiaan. Setidak-tidaknya, dia bercerita kepada orang ramai tentang zalimnya Zahid ke atas dirinya.

Tetapi dia tidak buat semua itu. Dia menerima seadanya keadaan sedemikian. Dia tidak keluar UMNO, dia masih bersama UMNO, cerita Tun Sri Lanang lagi.

Ahmad Zahid Hamidi

Semua ini adalah kerana UMNO telah banyak berjasa kepada dirinya (setpol berkenaan) dan keluarganya. Mana mungkin dia menggigit tangan yang memberinya makan dan harapan. Tangan yang pernah melakukan kebaikan terhadap dirinya dan keluarga.

“Cerita ini adalah cerita benar. Kita akar umbi tidak akan berganjak walau sedikit pun. Yang menggelabah kini adalah pemimpin UMNO yang berjawatan dalam kabinet atau berjawatan menteri,” kata Tun Sri Lanang.

Sinis Tun Sri Lanang dengan memberi quotation : “Aku nak selamatkan jawatan aku atau aku nak ikut UMNO.

“Kalau aku letak jawatan, terlepas pencen aku nie…

“Kalau aku sudah tiada jawatan, tak siapa nak hormat aku lagi. Hilang peruntukan sebagai menteri untuk kawasan aku…” dan pelbagai atau ribuan alasan yang bermain di kepalanya!

Kepada pemimpin UMNO Kluster Kuasa…BERTAUBATLAH. KERANA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA BUAT KAMU.
Jadilah seorang pemimpin yang mementingkan rakyat dan ahli di peringkat akar umbi.

Tanpa mereka, anda semua (pemimpin UMNO) tidak akan mengecapi apa yang anda dapat atau peroleh sekarang. – SM

(Visited 720 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button