Sukan

Pemain Korea muncul pendahulu Kejohanan Golf Amatur Saujana

Pemain Korea, Jun Hee Choi muncul pendahulu pada hari pertama Kejohanan Golf Amatur Saujana kali ke-33 di Saujana Golf & Country Club (SGCC), Subang, Selangor hari ini.

Hee Choi yang menang dua kejuaraan amatur tahun ini di National Sports Festival dan Piala Bitgoeuljungheung itu mencatat tiga bawah par 69 pukulan.

Dia yang menduduki tempat ketiga di Kejohanan Amatur Terbuka Malaysia Edisi ke-119 di Melaka baru-baru ini membenam enam birdie dan tiga bogey mengatasi 92
pemain lain.

Kejohanan Amatur Saujana dihidupkan semula selepas berehat hampir tiga tahun akibat pandemik Covid-19.

Pemain negara, Maxwin Chiew Jian Weng mengekori rapat ketinggalan satu pukulan di belakang Hee Choi apabila mengumpul dua bawah par 70 pukulan.

Chalitha Pushpika dari Sri Lanka pula mencuri tumpuan berada di tempat ketiga apabila mencatat satu bawah par 71 pukulan.

Pemain golf remaja negara Hariz Hezri yang dinobat selaku Juara Kejohanan Amatur Malaysia Edisi ke-119 di Melaka baru-baru ini menyamai par 72 pukulan berkongsi kedudukan dengan tiga pemain lain.

Mereka ialah Andrew Yap Yung Cheng, Anson Yeo dan Thanawin Lee apabila masing-masing turut mencatat 72 pukulan.

Sementara itu, Pengurus Besar SGCC, SA Nathan berkata, pihaknya amat gembira dengan penyertaan ramai pemain dari luar negara di kejohanan kali ke-33 ini.

“Lapangan Cobra menjadi kebangsaan kami dan matlamat setiap pemain beraksi di sini,” ujarnya. – SM

BACA Pemain lima negara sertai Kejohanan Golf Road To Historical Melaka 2023

BACA Mengapa orang nampak kaya suka main golf? Ini tujuh penjelasannya!

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button