Politik

Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin redakan suhu politik – PENA

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) yakin pelantikan  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai menteri kanan akan meredakan suhu politik negara.

Presidennya, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, pelantikan ini akan memantapkan pentadbiran negara di samping meredakan suhu politik yang semakin tidak tenteram kebelakangan ini.

“UMNO perlu meredakan ketidaktentuan itu selepas jawatan nombor dua dimilikinya. Rakyat tidak mahu pertarungan politik menyebabkan negara dan kerajaan tidak stabil.

Ketidakstabilan politik hanya akan menyukarkan kehidupan rakyat yang sudah sedia tenat, terutama rakyat yang terjejas akibat PKP yang tidak berkesudahan,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Beliau juga menyeru supaya semua pihak memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mentadbir negara ini.


“Bersatulah demi rakyat dan negara. Berikan kerjasama dan sokongan kepada YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia agar segala urusan dapat disepakati dan lancar. Rakyat memerhatikan sikap dan tingkah laku pemimpin politik dengan teliti,” katanya.

(Visited 251 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button