HiburanLuar Negara

Pelakon Iraq saman The Economist kerana gambarnya kelihatan ‘gemuk

Seorang pelakon wanita dari negara Iraq akan menyaman The Economist kerana akhbar tersebut menggunakan gambarnya bagi sebuah artikel yang berkait dengan cerita kononnya wanita Arab ‘lebih gemuk’ daripada lelaki.

Pelakon terbabit, Enas Taleb berkata, gambar itu digunakan di luar konteks tanpa kebenarannya sekali gus melanggar privasinya selain dia juga mendakwa gambar tersebut telah disunting.

Dalam satu temu bual, pelakon dan pengacara program bual bicara terkenal di negara itu berkata, dia telah pun memulakan tindakan undang-undang di United Kingdom (UK).

Artikel bertajuk ‘Why Women Are Fatter Than Men In The Arab World’ telah diterbitkan pada Julai lalu denggan menggunakan gambar Enas Taleb yang diambil di Festival Antarabangsa Babylon di Iraq, sembilan bulan lalu.

Artikel tersebut menulis tentang kemiskinan dan sekatan masyarakat yang mengekalkan wanita di Iraq tingal di dalam rumah sekali gus menjadi punca mengapa lebih ramai wanita Arab mengalami berat badan berlebihan.

Bagi Enas Taleb, dia melabelkan artikel itu sebagai ‘penghinaan’ terhadap wanita Arab serta Iraq khususnya dan tindakan undang-undang perlu diambil untuk menjernihkan keadaan.

Lebih memilukan, Enas Taleb terpaksa berhadapan dengan siber buli dalam media sosial kerana gambarnya yang ditayangkan kelihatan gemuk.

Namun demikian, pelakon Iraq tersebut menegaskan bahawa dia mengamalkan makanan sihat dan gambar kelihatan gemuk itu adalah sesuatu yang sangat mengaibkan bagi dirinya.

(Visited 447 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button