Luar Negara

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan kes tempatan baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di republik ini, menjadikan jumlahnya 345 kes.

Dalam kenyataan di sini, MOH berkata satu daripada kes import itu melibatkan lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun yang merupakan pemegang Pas Kerja Singapura.

Lelaki itu disahkan dijangkiti virus itu pada Rabu dan kini ditempatkan di wad isolasi di Hospital Besar Changi.

Baki kes import merupakan residen yang kembali ke republik ini dan pemegang pas jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara dan ASEAN, katanya.

Pada hari ini,  MOH berkata tujuh lagi kes jangkiti  COVID-19 telah discaj daripada hospital, dan sehubungan itu, secara keseluruhannya  sebanyak 124 telah pulih sepenuhnya.

Daripada 221 kes yang disahkan dan masih berada di hospital, kementerian itu berkata kebanyakan mereka berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih manakala 15 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Setakat tengah hari ini, MOH telah mengenal pasti 6,574 kontak rapat yang telah dikuarantin.

Diumumkan pada Rabu, mulai 20 Mac, jam 2359, semua pelawat yang memasuki Singapura daripada semua negara akan diberikan Notis Duduk Rumah selama 14 hari. – BERNAMA

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button