Nasional

Majlis Jalinan Kasih Saroha rapatkan hubungan politik, perniagaan Malaysia Indonesia

MAJLISs Jamuan Jalinan Kasih Jaringan Mandailing Saroha (Saroha) yang mewakili sebahagian masyarakat Mandailing di negara ini bakal mengeratkan hubungan politik dan perniagaan antara Malaysia dan Indonesia.

Ini disebabkan majlis yang akan diadakan Ahad ini itu bakal menghimpun tokoh-tokoh politik dan perniagaan daripada suku Mandailing dari kedua-dua negara yang mana ia bakal membentuk satu rangkaian kerjasama yang boleh dimanfaat untuk kepentingan Malaysia dan Indonesia.

Pengerusi Saroha, Datuk Dr. Guntur Tobeng berkata, antara tetamu dari negara jiran yang akan hadir ialah Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Padang Sidempuan dari Parti Amanat Nasional (PAN), Iswandy Arisandy.

Selain itu katanya, tokoh-tokoh perniagaan terkemuka terutama dari Sumatera akan turut hadir pada majlis yang diadakan sempena dengan Syawal itu.

“Ini merupakan peluang untuk kita merapatkan ikatan bukan sahaja dalam hubungan perniagaan tetapi juga politik antara kedua-dua negara terutamanya antara kita dengan mereka di Pulau Sumatera.

“Kesempatan daripada majlis ini kita boleh gunakan untuk membentuk rangkaian hubungan sama ada yang membabitkan perniagaan mahupun politik,” katanya.

Selain  itu kata Guntor, majlis itu akan diserikan dengan kehadiran penyanyi Datuk Shiela Majid yang  merupakan cicit kepada Sultan Puasa iaitu keturunan Mandailing yang bertanggungjawab membuka Kuala Lumpur.

Katanya, ia akan diturut diikuti dengan penceritaan salasilah dan sejarah perjuangan orang Mandailing dalam membina ekonomi di negara ini dan Kuala Lumpur Khusus oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimudin Mohd. Dom.

“Walaupun majlis ini adalah perhimpunan untuk Saroha, tetapi secara tidak langsung ia turut memberi manfaat kepada hubungan antara Malaysia dan Indonesia sama ada dari segi politik mahupun perniagaan,” kata Guntor.

Majlis Jamuan Jalinan Mesra Keluarga besar Mandailing Saroha akan diadakan Sabtu ini, 21 Mei di Kelab Golf Negara Subang.  – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button