MahkamahNasional

Khairy Jamaluddin saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pada  Januari lalu.

Ia berhubung dakwaan bahawa parti itu mengimport perwakilan luar supaya tidak mengundi usul jawatan nombor satu dan dua, tidak dipertandingkan.

GAMBAR BERNAMA/Datuk Seri Jamal Md Yunos

KJ selaku plaintif mengemukakan saman itu Rabu lalu melalui firma guaman, Tetuan Aizat Izuan Shakeel dengan menamakan Jamal selaku defendan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu menuntut ganti rugi khas sebanyak RM1 juta daripada Jamal.

KJ yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan dan juga Menteri Sains dan Teknologi memohon perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf di akaun media sosial Facebook ‘DS Jamal Yunos Official’, akaun TikTok ‘jamal_yunos’ dan akhbar utama bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Khairy juga meminta defendan memadamkan kenyataan tersebut di akaun media sosialnya serta-merta dari tarikh penghakiman.

Dalam pernyataan tuntutannya Khairy berkata, semasa PAU 2022 pada 14 Januari lalu, Jamal mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dengan dihadiri pengamal media, perwakilan UMNO, ahli dan pemimpin parti itu.

Plaintif mendakwa Jamal memuat naik rakaman sidang video itu bertajuk ‘Saya harap Khairy Jamaluddin dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO selepas mengeluarkan kenyataan yang semberono dan memalukan UMNO #UmnoDuluKiniDanSelamanya’ di akaun media sosialnya pada 14 dan 15 Januari. – SINAR HARIAN – SM

BACA Sanggup bayar RM300, Jamal Yunos dakwa KJ dalang sabotaj PAU2022

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

 

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button