Politik

PEJUANG desak Muhyiddin letak jawatan

Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berhak membuat tawaran, meskipun mendakwa masih mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri, apatah lagi selepas kehilangan sokongan majoriti.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata Muhyiddin seharusnya menghormati Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“PEJUANG akan terus kekal berprinsip dan dengan tegas menolak tawaran yang dibuat Muhyiddin.

“Tawaran ini ibarat rasuah jawatan, demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.

“Sudah terang lagi bersuluh, ini usaha terdesak Muhyiddin bagi mengekalkan kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah,” katanya melalui kenyataan, di sini.

Dalam ucapan khas Perdana Menteri bersama memulihkan negara, hari ini, Muhyiddin mengumumkan beberapa perkara untuk menambah baik pentadbiran kerajaan, termasuk cadangan kerjasama rentas partis dengan jemputan rasmi akan dihantar kepada semua pimpinan parti politik minggu depan.

Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya Julai tahun depan.

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button