Ekonomi

Langkah positif kerajaan tingkatkan dana SJKP

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2023 – Pengumuman baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peningkatan dana SJKP daripada RM5 bilion kepada RM10 bilion bakal memberi impak yang besar bagi kira-kira 3.9 juta rakyat Malaysia yang bekerja di sektor ekonomi gig yang ingin memiliki rumah sendiri.

Pakar pelaburan hartanah dan ketua pegawai eksekutif FAR Capital, Faizul Ridzuan berkata, “Peningkatan dana SJKP memberi harapan bagi perkerja gig dan pengusaha kecil yang sukar untuk mendapatkan kelulusan pinjaman untuk membeli hartanah.”

SJKP adalah sebuah skim perumahan di bawah Menteri Kewangan yang bertujuan untuk membiaya warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli rumah pertama.

Malaysia mempunyai tenaga kerja sebanyak 15.1 juta. Lebih separuh daripada jumlah ini – 26% atau sebanyak 3.9 juta orang, terlibat dalam ekonomi gig.

Skim SJKP bukan sahaja membuka peluang kepada pekerja gig tetapi juga memperkuatkan lagi pasaran hartanah negara kerana peningkatan jumlah pembeli berpotensi. 

Selain itu, peruntukan RM1 bilion untuk “dana jaminan khas” bagi menggalakkan pemaju hartanah untuk menghidupkan semula projek-projek terbengkalai terpilih, akan memberikan keyakinan kepada pemaju dan pembeli dan mencetuskan iklim pelaburan yang lebih selamat.

“Suntikan dana ke dalam pemulihan projek terbengkalai tidak hanya membuka lebih banyak pilihan hartanah di pasaran dengan harga yang munasabah, tetapi juga melindungi pelaburan bagi pemilik hartanah tersebut,” tambah Faizul.

Gabungan inisiatif-inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara yang lebih teguh, selari dengan visi FAR Capital yang mahu memperkasakan literasi kewangan dan pemilikan hartanah di kalangan rakyat Malaysia. 

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button