Nasional

PdPR masih perlu – Radzi

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih perlu diteruskan walaupun pelajar sudah mula memasuki sekolah bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

PdPR perlu dilaksanakan selepas mengambil kira sistem penggiliran pelajar atau murid yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, penting untuk memastikan pelajar atau murid sentiasa bersama dengan guru ketika mereka tidak berada di kelas.

Bagaimanapun PdPR yang dilaksanakan ketika ini berbeza sedikit berbanding ketika PKP penuh.

“Di mana ia menjurus kepada persediaan bahan-bahan yang diperlukan oleh pelajar atau murid terutama perkara-perkara yang sukar difahami sebelum mereka memasuki sekolah dan mengikuti sesi PdP secara bersemuka.

“Ini satu pendekatan yang perlu dilakukan supaya pelajar atau murid dapat berterusan bersama guru bagi mengikuti pembelajaran mereka, walaupun bukan setiap hari, namun begitu penting pelajar atau murid sentiasa ada hubungan dengan guru.

“Apapun hasrat utama kita adalah untuk memastikan setiap pelajar atau murid ini kembali ke sekolah,” katanya.

Dr Radzi hari ini melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Zainun sempena pembukaan sekolah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berpuas hati dengan guru yang dapat menerima dengan baik sistem penggiliran yang sedang dilaksanakan.-SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button