Nasional

Menteri agama sahkan dirinya dijangkiti Covid-19

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Dr. Zulkifli berkata, sehingga kini beliau dalam kesihatan yang baik.

Beliau meminta mereka yang menghadiri majlis yang melibatkan dirinya agar membuat pemeriksaan segera di klinik dan hospital kerajaan.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.


“Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” kata Dr. Zulkifli.-SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button