Luar Negara

Ukraine ditinggal sendirian lawan Rusia

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata pada hari Jumaat negaranya telah ditinggalkan sendirian untuk memerangi Rusia selepas Kremlin melancarkan pencerobohan besar-besaran yang membunuh 130 rakyat Ukraine pada hari pertama.

“Kami telah ditinggalkan sendirian untuk mempertahankan negeri kami,” kata Volodymyr Zelensky dalam ucapan video kepada negara selepas tengah malam.

“Siapa yang bersedia untuk berjuang bersama kami? Saya tidak nampak sesiapa. Siapa yang bersedia untuk memberi Ukraine jaminan keanggotaan NATO? Semua orang takut,” tambahnya.

Zelensky berkata bahawa 137 warga Ukraine, kedua-dua anggota tentera dan orang awam, telah terbunuh sejak permulaan serangan awal Khamis. 316 lagi telah cedera, katanya.

Zelensky juga berkata bahawa “kumpulan sabotaj” Rusia telah memasuki ibu kota Kyiv, dan menggesa warga kota itu untuk terus berwaspada dan mematuhi perintah berkurung.

Presiden menambah bahawa dia dan keluarganya kekal di Ukraine, walaupun Rusia mengenal pasti dia sebagai “sasaran nombor satu”.

“Mereka mahu memusnahkan Ukraine secara politik dengan menjatuhkan ketua negara,” kata Zelensky.

 

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button