Ekonomi

Pasaran kewangan domestik kekal teratur – Bank Negara

MESKIPUN volatiliti pasaran kewangan global terus ketara, keadaan pasaran domestik kekal teratur.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, hal ini dicerminkan oleh pengantaraan aliran dua hala yang lancar dalam pasaran bon dan ekuiti.

Ringgit terus dipengaruhi terutamanya oleh perkembangan luaran.

Walau bagaimanapun, dedahan risiko pertukaran asing (foreign exchange, FX) dalam sektor korporat dan perbankan kekal terurus.

Hal ini disokong oleh penampan aset mudah tunai mata wang asing bank-bank yang besar serta amalan
pengurusan risiko FX yang berhemat oleh syarikat.

Mudah tunai dalam pasaran FX tempatan yang berterusan membolehkan pelarasan yang teratur terhadap
perkembangan luaran. Hal ini akan menyokong perniagaan dan peserta pasaran dalam menguruskan dedahan pertukaran asing dan peruntukan sumber. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button