Ekonomi

YLPG bakal raih RM37.27 juta daripada penyenaraian

KUALA LUMPUR 17 Mei – Yew Lee Pacific Group Berhad (YLPG), pengeluar berus industri serta perdagangan alat ganti jentera dan perkakasan industri, dijangka meraih RM37.27 juta hasil dari tawaran awam permulaan (IPO) yang diancarkan hari ini.

YLPG yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad, dijangka menerbitkan IPO melibatkan 133.10 juta saham baharu yang akan diterbitkan pada harga RM0.28 sen sesaham dan tawaran penjualan 26.62 juta saham sedia ada melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Pengarah Urusan YLPG, Ang Lee Leong, berkata pelancaran prospektus ini merupakan pencapaian penting bagi YLPG kerana ia menandakan hasil kerja keras sejak 2004.

“Sebagai pengeluar berus industri yang mantap, kami memulakan IPO ini untuk mengumpul dana untuk rancangan pertumbuhan kami dan meningkatkan profil kami dalam industri dan untuk mengekalkan pertumbuhan yang mampan dan mencipta nilai pemegang saham jangka panjang, kami mempunyai rancangan untuk mengembangkan kapasiti pembuatan dan meningkatkan automasi yang mana hasil daripada IPO membolehkan kami melaksanakannya,” katanya selepas pelancaran IPO YLPG di sini hari ini.

YLPG menghasilkan berus industri dan teknikal untuk pelbagai industri pembuatan termasuk sarung tangan, industri, elektrik dan elektronik, pembekal pembersihan industri dan komersial serta pengeluar kaca dan kayu.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, 76.8 peratus daripada jumlah hasil Kumpulan kebanyakannya diperoleh daripada Malaysia manakala baki 23.2 peratus daripada pasaran luar negara, terutamanya di Thailand, Vietnam, Indonesia dan Taiwan, mewakili kira-kira tujuh peratus, 5.8 peratus, 3.3 peratus dan 5.8 peratus masing-masing.

Menurut Lee Leong, hasil yang diraih dari IPO itu akan digunakan RM10.90 juta untuk pembelian mesin dan peralatan, RM7.30 juta untuk pembinaan kemudahan gudang dan bangunan pejabat, RM1.80 juta untuk pengubahsuaian bangunan pejabat, RM8.90 juta untuk pembayaran balik pinjaman bank, RM4.57 juta untuk modal kerja dan RM3.80 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

Daripada 26.62 juta saham baharu disediakan kepada pelabur tempatan, sebanyak 15.97 juta saham baharu diperuntukkan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak, 23.96 juta saham baharu melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih dan 66.55 juta saham baharu melalui penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang dikenal pasti diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Kami juga sedang membina gudang dan kemudahan pejabat kerana kemudahan semasa diperlukan untuk pengembangan aktiviti pembuatan Kumpulan dan juga untuk menampung pertumbuhan perniagaan masa hadapan.” kata Lee Leong lagi.

M&A Securities adalah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk IPO YLPG manakala Eco Asia Capital Advisory Sdn Bhd ialah Penasihat Kewangan.

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button