Ekonomi

Kuota Internet tambahan percuma & pulangan tunai sempena Aidilfitri bukan berita palsu!

Pengumuman kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai yang akan dinikmati sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi bukan berita palsu.

Sebaliknya ia tawaran luar biasa antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri KKD, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian itu melalui SKMM menjalankan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Kemudahan yang disediakan itu tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan dan para pelanggan dinasihati untuk hubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk dapatkan maklumat lanjut.

“Usaha Kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

“Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna pakej prabayar sempena musim perayaan ini,” katanya. – SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button