NasionalParlimen

Parlimen Ke-14 dibubarkan hari ini – Ismail Sabri

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan rasminya mengumumkan Parlimen Ke-14 dibubarkan hari ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen sebentar tadi.

Ketika mengumumkan pembubaran Parlimen, Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan berkata, tengah hari semalam, beliau telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen Ke14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022.

“Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masingmasing,” katanya.

Ismail Sabri berkata, ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.

Sementara itu, Ismail Sabri turut berkata, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button