fbpx
Nasional

Orang Singapura masih kunyah tembakau?

RAMAI yang tertanya-tanya adakah penduduk Singapura yang serba moden itu masih lagi menggunakan tembakau kunyah?

Ini ekoran pihak berkuasa Singapura menggagalkan cubaan menyeludup 8,101 paket tembakau kunyah ke republik itu menggunakan lori bernombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 15 Januari lalu.

Jika bukan untuk kegunaan penduduk negara itu, untuk siapa tembakau itu di seludup ke negara berkenaan?

Memetik laporan Bernama, pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, barangan itu dibungkus dalam plastik hitam, disorok di bawah longgokan kayu di bahagian kepala lori.

Pihak berkuasa berkata kes itu dirujuk kepada Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) untuk siasatan lanjut.


“Kaedah penyembunyian itu mewujudkan kebimbangan kerana cara yang sama boleh digunakan pihak lain yang mempunyai niat jahat untuk menyeludup barangan keselamatan ke Singapura,” menurut ICA dalam Facebooknya hari ini.

Agensi itu berkata ia akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang, barangan dan kenderaan untuk menjaga keselamatan Singapura.

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button