Nasional

Rakyat digalakkan buat ujian Covid-19 sebelum menyertai sebarang aktiviti pelancongan

Rakyat Malaysia yang ingin melakukan pelbagai aktiviti pelancongan digalakkan untuk menjalani pemeriksaan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan mereka, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sri Hajah Nancy Shukri.

Seperti semua sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan kebenaran merentas negeri tanpa permohonan polis bermula pada 11 Oktober lalu dengan syarat mereka yang ingin melakukan perjalanan telah lengkap menerima 2 dos vaksinasi Covid-19 mereka.

Beliau menasihatkan mereka yang mengalami gejala harus menangguhkan rancangan perjalanan mereka, kerana ini akan merugikan usaha pemerintah untuk mengawal penyebaran Covid-19 di kalangan masyarakat.

Nancy berkata, dia yakin sektor pelancongan, seni dan budaya akan pulih dan bakal merancakkan semula ekonomi negara ini setelah kelonggaran perjalan merentas negeri diumumkan.

“Kementerian juga akan terus memastikan kempen promosi yang lebih agresif dan strategik dilakukan untuk merangsang sektor pelancongan negara ini,” kata Nancy lagi ketika Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada Penggiat Industri Pelancongan yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 diadakan pada malam semalam di Kuching, Sarawak.

Dalam majlis tersebut sebanyak 10 pemandu pelancong, 10 pengusaha pelancongan, empat individu yang berkaitan dengan program Malaysia My Second Home dan empat pengendali inap desa yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) menerima bantuan kewangan bernilai antara RM500 hingga RM3,000.

Secara keseluruhan, MOTAC telah mengagihkan bantuan dan insentif sebanyak RM61 juta, termasuk di bawah Program Strategik 2021 untuk Memperkasakan Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), 2021 PEMERKASA +, Pakej Kesejahteraan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi Nasional 2021 (PEMULIH) 2021 dan Pemberian Khas Prihatin 2021.

Beliau mengatakan bahawa bantuan itu telah disalurkan kepada pengusaha industri pelancongan di negara ini sejak bermulanya wabak Covid-19 secara berperingkat. – SM

(Visited 354 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button