NasionalNegeri
Trending

Noraini terima gelaran Datuk Seri

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Norani Ahmad antara penerima darjah kebesaran negeri kebesaran Melaka hari ini.

Selain beliau, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendahului senarai turut menerima Darjah Gemilang Seri Malaka (DGSM).

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak dapat hadir untuk menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri itu kerana menjalani kuarantin.

Selain beliau, adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd. Firuz Jafril dan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan.

Mereka merupakan antara 20 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka daripada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam sempena sambutan ulang tahun ke-71.

Dalam istiadat tersebut, Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira turut diberikan kepada empat individu.

Mereka adalah, Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Sazali Muhd Din @ Muhamad Din.

Turut menerima gelaran tersebut adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) turut dianugerahkan dalam istiadat penganugerahan itu kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk M. Ravi.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka Datuk Rahmad Mariman dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.

Anugerah tersebut memberikan gelaran Datuk kepada penerimanya.

“Selain itu, Pengarah Kesihatan Melaka Dr Ismail Ali, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Melaka Abd Kadir Md Idris dan Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka Kamarudin Sidek.”

Kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr Hasim Hasan dalam satu kenyataan semalam.

Empat individu lagi dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Penerimanya adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Laut Laksamana Muda Datuk Abu Bakar Mohd Ajis dan Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Datuk Dr. Norhayati Rusli.

Dua lagi penerima anugerah tersebut adalah Ketua Jabatan Pengurusan PDRM SAC, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datuk Shadan Othman. – SM

(Visited 1,068 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button