Nasional

COVID-19: Malaysia catat 13,215 kes baharu, tertinggi setakat ini

Jumlah jangkitan baharu COVID-19 hari ini mencatatkan 13,215 kes, selepas dua hari berturut-turut melepasi angka 11,000.
Menerusi maklumat dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Twitter beliau pada Khamis, Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 6,120 kes baharu.
Ia disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,499 kes dan Negeri Sembilan (1,603 kes).
(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button