Nasional

Terima kasih Wisma Putra-Suruhanjaya Tinggi Singapura

Bantu bawak keluar rakyat Singapura di Kyiv

HIDUP berjiran, mestilah tolong menolong. Apatah lagi antara Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik sejak bertahun lamanya.

Dalam suasana yang sedang bergolak di Kyiv, Malaysia membantu Singapura membawa keluar seorang rakyat dari negara repbulik itu yang berada di ibu kota Ukraine, Kyiv.

Suruhanjaya Tinggi Singapura  ke Malaysia hari ini menyampaikan penghargaan terima kasih kepada Wisma Putra atas bantuan yang dihulurkan bagi membawa keluar seorang rakyatnya yang berada di Kyiv.

“Kami sangat berterima kasih kepada Wisma Putra kerana membantu seorang warga Singapura keluar dari Kyiv dalam suasana yang sukar.

“Rakan yang membantu ketika diperlukan sememangnya rakan sejati!,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Kedutaan Singapura, hari ini.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan, sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka dan seorang warga Singapura yang dibawa keluar dri Kyiv telah selamat tiba di Poland hari ini dan disambut dua pegawai Keduataan Besar Malaysia di negara itu.

Wisma Putra menerusi hantaran di Twitter pula memaklumkan, konvoi itu selamat tiba di Korczowa-Krakovets iaitu sempadan Ukraine-Poland pada pukul 5.45 pagi waktyu Malaysia (10.45 malam, 26 Februari, waktu tepatan). – SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button