Nasional

Excel antara 200 kursus popular percuma PSMB ditawar mulai minggu hadapan

LEBIH 200 kursus popular seluruh dunia, antaranya Microsoft Excel ditawarkan kepada rakyat Malaysia oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) mulai minggu hadapan.

Kursus tersebut ditawarkan secara percuma oleh PSMB kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian (online) tanpa perlu melalui majikan.

PSMB baru-baru ini melancarkan program e-Latih HRDF bagi membantu rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran dan lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Kursus tersebut dijalankan secara online membenarkan peserta menjalaninya pada bila-bila masa atau hujung minggu tanpa menggangu waktu kerja atau rutin harian mereka.

Justeru, manfaat ini perlu digunakan sebaiknya ketika negara masih lagi berada dalam fasa pengawalan pandemik Koronavirus (Covid-19) seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).


“Setakat ini melihat kepada data yang HRDF (PSMB) terima, permintaan kursus paling popular adalah kursus kemhairan Microsoft Excel.

“Saya sendiri yang akan mengesyorkan kepada rakyat Malaysia kerana Excel adalah paling powerful tool.

“Dengan Excel, kita boleh buat macam-macam, sebab kita dapati kursus paling popular di Singapura adalah Excel, permintaannya paling tinggi sekali.”

Kata Ketua Pegawai Operasi (COO), PSMB, Ariff Farhan Doss kepada Suara Merdeka ketika bersiaran langsung dalam Facebook menerusi [email protected] menguar-uarkan program e-Latih HRDF.

Menurutnya, program tersebut diperoleh menerusi usaha sama PSMB dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Australia bagi menyediakan 200 kursus.

Tambahnya, PSMB turut menyediakan 250 kursus lagi dengan usaha sama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi keperluan tempatan dyang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S).

“Kita bermula dengan 200 kursus yang disediakan oleh agregator daripada NGO Go One iaitu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berasal dari Australia tetapi dikendalikan oleh orang Vietnam.

“Mereka pada masa ini merupakan agregator terbesar di dunia dari segi jumlah kursus yang mereka ada.

“Kita minta 200 kursus paling popular daripada mereka sebab Go One ini juga ada menyediakan perkhidmatan kepada warga Singapura.

“Namun kita tidak akan berhenti setakat itu, kerana Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, mengarahkan HRDF untuk menyediakan modul dalam Bahasa Malaysia dan juga modul tempatan.

“Jadi, kita juga bekerjasama dengan KPT dan mereka menawarkan 250 kursus lagi daripada IPTA/S

“Semua kursus itu akan kami sediakan dalam HRDF dan rakyat Malaysia boleh akses mulai minggu hadapan.

“Dengan ada 250 kursus tempatan, kita akan ada 450 kursus yang akan melalui HRDF,” ujarnya. – SM

(Visited 118 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button